Rabu, 5 Oktober 2011

Hobi Baru “Felting Craft”


As Salam
Hobi baru buat kraf tangan dengan kain felting. Suka sangat tengok kawan-kawan buat felting semua Comel2 dan kreatif. Belajar & research sendiri tentang felting ni je. Semua barang keperluan felting setakat ni saya beli online kat SUS n d FELT PRODUK. Ada beberapa keychain yang telah siap 1st buat keychain gitar beli kat Sus n d Felt. Alhamdulillah,kalau ada kemahuan & minat semua yang dilakukan tak susah. semoga semua rakan blogger yang lain happy dengan habi baru saya. Alhamdulillah.
  
1st Keychain Gitar
2. Owl & Froggie

Keychain Froggie ni kegemaran adik syafiyah warna hijau terang tapi kat dalam gambar ni tak terang pula, Nampak tak comel tapi yang real yang made by my hand comel…insyaallah bila ada rezeki lebih saya akan beli kamera high kualiti untuk photo shot yang lebih menarik & puas hati.
3. Hello Kitty
4. HP Case Depan
HP Case Belakang 
1st HP Case dari kain leader…hehehe..jahitan tak kemas maklum la still newbie. Dalam nya 2 di lapis ngan kain felt. Puas hati juga dengan hasil nya Alhamdulillah. Tapi, hp case ni dah hilang kat klinik.  Anak-anak bawa main tak tahu kat mana letaknya..kira sedekah sapa2 yang terjumpa…Halal Alhamdulillah.

Sabtu, 24 September 2011

BESARNYA MAKNA DAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI LELAKI DAN WANITA


As Salam.... 

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

 Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
 ...
 BERATKAN?

 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

 Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)

 Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

 WANITA :

 Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

 Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

 Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

 Pernahkah kita lihat sebaliknya??

 Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

 Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

 Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
 anak-anak.

 Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

 Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

 1. ibunya ,
 2. isterinya ,
 3. anak perempuannya , dan 
 4. saudara perempuannya.

 Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

 1. suaminya,
 2. ayahnya,
 3. anak lelakinya dan
 4. saudara lelakinya .

 Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

 1. sembahyang 5 waktu
 2. puasa di bulan Ramadhan
 3. taat suaminya dan
 4. menjaga kehormatannya .

 Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

 MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

 Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
 pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

 "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

 Pada hari itu (hari kiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Sekadar renungan kita bersama…

Selasa, 5 Julai 2011

Mendambakan Hidayah & kekuatan iman

As salam
Apa yang berlaku, ini semua kebetulan…Allah nak tunjukkan sesuatu pada hambanya  yang lemah,daif dan naif.

Ya Allah...maha Agung..maha kuasa, sedikit demi sedikit di tunjukkan kekuasaan Mu pada ku...Syukuran.

Andai aku ditakdirkan tiada jodoh..aku redha dan berkorban demi pada yang Hak…
Ya Allah…aku mendambakan hidayah dan kekuatan iman daripada Mu..Ya Allah. Aku mengharapkan suluh dan bimbingan daripada pemimpin ku. Tapi, selama ini aku sentiasa menunggu dan menanti, aku sering bertanya pada pemimpin ku..tapi..pemimpin ku hanya menjawap dan menyuruhku sendiri untuk mencari kekuatan iman dan taqwa pada Mu Ya Allah…aku besyukur dengan kekauatan dan kesabaran yang telah di berikan pada ku.

Sesungguhnya, pemimpin ku masih belum bersedia untuk memerintah kerajaannya.
Pemimpin ku masih belum bersedia untuk menunaikan amanat dari Mu Ya Allah.
Ya Allah, jika ini jawapan dari pemimpin ku, aku rela dan bersedia untuk menjadi seorang pemimpin kepada kerajaan kecil ku...


Amin...semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati keluarga ku yang tersayang...


Khamis, 30 Jun 2011

A letter From Mom & Dad

My Child,
When I get old
I hope you understand
And have patience with me

In case I break a plate
Or spill soup on the table because
I’m losing my eye sight,
I HOPE YOU DON’T YELL AT ME
OLDER PEOPLE ARE SENSITIVE
…Always having self pity when you yell…

When my hearing get worse
And I can’t hear what you’re saying
I HOPE YOU DON’T CALL ME “DEAF!”
Please repeat what you said or write in down

I’M SORRY MY CHILD
…I’m getting older…

When my knee get weaker
I hope you have patience to
Help me get up

Like how I used to help you while you
were little
Learning how to walk
Please Bear with me

When I keep repeating my self
Like a broken record,
I Hope you Just Keep listening to me
Please don’t make fun of me, or
Get sick of listening to me.

Do you remember when you were little?
And you wanted a balloon?
You repeated yourself over and over
Until you got what you wanted
…please also pardon my smell…
I smell like an old person
Please don’t force me to shower
My body is weak.
Old people get sick easily when they’re cold
I hope I don’t gross you out

Do you remember when you were little?
I used to chase you around
Because you didn’t want to shower
I hope you can be patient with me

When I always cranky
It’s all part of getting old.
You’ll understand when you’re older

And if you have spare time
I hope we can talk
Even for a few minutes
I’m always all by my self all the time
And have no one to talk to

I know you’re busy with work,
Even if you’re not interested in my stories,
Please have time for me.

Do you remember when you were little?
I used to listen to your stories
About your teddy bear

When the time comes
And I get ill and bedridden,
I Hope You have the patient to
Take care of me

I’M SORRY
If I accidentally net the bed
Or make a mess
I Hope You have Patience to
Take cake of me during the last few moments of my life
I’m not going to last much longer, anyway.

When the time of my death comes,
I Hope you hold may hand
And give me the strength to face death
And don’ worry…

When I finally meet out creator….
I will whisper 
To BLESS you
Because you love
Your mom & dad

Thank you so much for care
We Love you
With much love


Love so much this letter…first I readThis letter gives an effect on my heart ... I will  take care of my mom & dad ... hope all my children to look after me when I get old

...Syukur...

Assalamualaikum

 Syukur alhamdulillah kerana Allah masih sayang pada diri ku. Di berikan kesempatan dengan kesihatan yang baik..alhamdulillah Ya Allah atas segala keizinan mu kerana memberi kesembuhan pada ku. Dengan segala rezeki yang halal dan kebahagian yang limpahkan pada ku...Aku besyukur atas segalanya Ya Allah...amin.
Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.
 Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik, badan lakukan perkara baik

Isnin, 6 Jun 2011

Petanda-petanda Terkena Sihir & Saka

...Assalammualaikum...
  Dalam beberapa minggu ni, aku selalu mimpi yang pelik. Selama 2 minggu berturut2 mimpi perkara yang sama. Aku mimpi bayi kecil,lepas 2 aku menyusukan anak kecil,bermain2 dengan anak kecil dan bawa balik anak kecil dan baby kecil. kenapa ya ? pelik...
  Hari ni aku search kat google, aku terjumpa web perubatan islam. Hampir semua web ni mengatakan benda yang sama petanda-petanda terkena sihir.

Petanda Terkena Sihir & Saka

1) Sakit kepala dan dada selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa/gatal.
5) Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.

9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.
10) Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.

12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki,tangan selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.

16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.

18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.
Jika anda mengalami lebih dari 3 simptom seperti yang saya senaraikan diatas,maka anda sedang terkena gangguan jin..Segeralah berjumpa PERAWAT ISLAM untuk sesi Terapi Ruqyah & Berbekam.

Ada beberapa petanda yang sedang aku alami, apa yang aku dapat lakukan sekarang ni aku dengar terapi Ruqyah setiap hari. Beriman pada Allah..Tawakal...Semoga Allah melindungi diri ini serta seluruh ahli keluarga ku dari segala perkara2 yang tidak di ingini.


~ Tahukah Kau Wahai Suami ? ~

...Asalammualaikum...

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami??? Suami isteri ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan akad nikah telah menyatukan kita. TAPI… tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu. Dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya… KALA kau tiada duit, bukankah magic David Copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya. Tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek "Ada duitkah Suamiku?" TAPI Bila kau Ada duit, Wah! Wah! Kau siap boleh tanya lagi isteri kau " Ada duit ke?" Sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?

Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, dikucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan. TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss!!

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, isteri kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam. TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat isteri. Dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje…

Tahukah kau wahai suami,kau selalu melayan handphone mu..lebih dari segalanya,kau selalu bermesej atau main game...tidakkah kau kasihani isterimu yang tak pernah kau isikan top up malah kau minta kredit isteri boleh pula.Tidakkah kau kasihani isterimu bila melihat perbuatan kau ini.Sedar-sedar lah diri sikit keluarga itu lebih penting daripada sahabat dan teman kau yang lain.

Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju in?" Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi… Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur . Peluk yang setakat pelukan sayang sahaja… bukan dengan harapan dapat "apa-apa”.

Hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia sebab sebenarnya, isteri tu selagi suaminya tak lelap mata, dia hanya tidur2 ayam sahaja…

INI YANG BEST NI. Satu lagi wahai suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! Tuhan telah kurniakan 6, 7, 8 senses,deria rasa atau pancaindera yg kau memang tak ada...heheh.. kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya.... Hargailah isteri dan bakal isteri korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain. Orang bijak adalah, dia yang Hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga Hari kemudian…

Jiwa aku kacau,sabar saja la...

"Buang Bayi"

Assalammualaikum

   Aku sangat FOBIA dengan kisah dan cerita orang buang bayi. dan aku tak boleh tengok & dengar tentang ''buang bayi''. Sangat kesian pada sekujur tubuh anak kecil yang tak berdosa. Aku rasa cam nak muntah & ngeri , jantung pun berdegup kencang...nak menangis tanpa henti....huhuhu.....Kes terbaru buang bayi dari bangunan..huhuhu kesian bayi itu sampai pecah kepala...tak boleh cerita banyak..loya dah tekak..kenapa manusia sekarang bersifat binatang. sedangkan binatang pun sayangkan anak-anaknya. Bukan binatang lagi tapi manusia bertopengkan syaitan. Apa la dosa anak kecil itu. Biar pun tindakan undang-undang yang berat dikenakan untuk pesalah..tapi itu semua belum cukup untuk menginsafkan...kes seperti ini tak akan habis...Kalau la hukum Hudud di laksanakan kan bagus...REJAM sampai mati kepada penzina. Hukum BunuH sampai MATI kepada mereka yang membuang bayi.

*** Aku mula Fobia dengan cerita cam ni sebab...selepas aku besalin anak yang ke 3...setiap hari berita tentang orang buang bayi....aku tengok aku jadi takut, aku takut anak aku di perlakukan seperti itu. Aku sayang sangat semua anak-anak aku...Anak Anugerah Allah...sayangi dan kasihi lah mereka.... 


  

Sabtu, 14 Mei 2011

Hebatnya Wanita

KELEBIHAN SEORANG WANITA


*Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,
*Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,
*Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,
*2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,
*Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
*Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
*Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
*Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
*Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
*Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
*Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itudengan doa keberkatan.
*Wanita yang menguli tepung gandum dengan"bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
*Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
*Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
*Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
*Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
*Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.
*Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
*Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
*Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
*Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
*Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
*Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80tahun ibadat.
*Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
...Syukur Alhamdulillah...
Berusaha untuk menjadi Wanita Solehah (^-^)

Khamis, 12 Mei 2011

Waktu & Masa

..Assalammualaikum...

 Waktu dan masa ini yang amat mempengaruhi kehidupan seharian ku. Berlalunya Waktu ini dan masa ini kadangkala mendatangkan kehampaan, Kecewa. sedih dan kegembiraan serta Waktu ini dan masa ini telah mendewasakan diri ku ini untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran yang mendatang. Insyaallah hari esok dan seterusnya akan sentiasa menberi kebahagiaan.

Masa itu emas, tidak boleh di gadai, manfaati lah masa sebaiknya.
(^_^)

Rabu, 4 Mei 2011

Tips Cinta Suami Isteri

Panduan pupuk cinta suami isteri
Ada beberapa perkara untuk mewujudkan penghargaan atau memberi cinta di antara suami isteri.
1 - Gunakan pelbagai kesempatan untuk mengungkapkan kepadanya yang kita bersyukur sebab Tuhan memberikannya hubungan sebagai suami atau isteri.
Kehadiran pasangan bukan saja kita inginkan, sebaliknya memang kita hargai. Dia begitu bernilai bagi kita sehingga kita bersyukur dia berada dalam hidup kita.
Kita dapat menunjukkan penghargaan melalui ucapan terima kasih, sentuhan lembut, tatapan sayang atau melakukan sesuatu yang disukainya. Di sini berlaku prinsip: bermula dengan terima kasih, berakhir dengan menerima kasih. Bermula dengan tidak tahu berterima kasih, berakhir dengan tidak ada kasih.

2 - Bersikaplah lemah lembut. Perlakuan kasar bukan saja meninggalkan luka kepada penerima malah merobek penghargaan kita terhadapnya.

Perhatikan prinsip yang berlaku di sini: Semakin halus kita memperlakukan cinta pasangan kita, semakin bernilai dia di hadapan kita. Semakin kasar kita memperlakukannya, semakin rendah dia di mata kita.

3 - Perkara paling penting ialah utamakan kepentingan pasangan kita di atas kepentingan orang lain.
Cinta terungkap dengan jelas dalam wadah perbandingan. Bagaimana kita memperlakukan pasangan kita dibandingkan dengan bagaimana kita memperlakukan orang lain.

Siapa atau apa yang kita dahulukan mencerminkan siapa atau apa yang penting bagi kita. Dalam hal ini, perbuatan berbicara jauh lebih keras dari ucapan. Jadi, ucapan cinta kita mesti didukung oleh perbuatan kita yang mendahulukannya dibanding orang lain.
Bila itu tidak terjadi, pasangan kita akan segera tahu sesungguhnya ia tidaklah sepenting yang kita katakan. Prinsip yang berlaku di sini: Mengorbankan kepentingan sendiri, itulah cinta. Mengorbankan kepentingan pasangan kita, itu bererti kita menodai cinta pasangan kita.

sumber dari :www.srikasih.com.cc ...^_^...

Renungan Betapa Berharganya Wanita


Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan?"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa?", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Sumber: http://socialcute.blogspot.com/2011/04/renungan-betapa-berharganya-wanita.html