Khamis, 24 Mac 2011

Lampin Kain Moden / Cloth Diaper@CD

Assalammualaikum
  Hari ni nak kongsi cerita tentang lampin moden atau cloth diaper@CD..kalau dulu lampin ni kena lipat untuk jadi tiga segi.kemudian jemur lampin pun kena ambil banyak ruang...tapi sekarang ni dah ada lampin moden.senang,jimat ruang dan mudah.Lampin moden ni merupakan penganti lampin pakai buang.Kalau sayang kan bumi kita ni bertukar la dengan lampin moden kerana ia jimat dan selamat digunakan untuk anak-anak kita.




Apa itu Lampin Moden / Cloth Diapers@CD
  • Lampin Moden yang direka khas. 
  • Bahagian luar lampin moden diperbuat dari kain khas polyurethane Laminate(PUL) yang kalis air.
  • Bahagian dalam diperbuat dari kain  microfleece/micro suede/bamboo yang lembut dan cepat kering.
Cara guna Lampin Moden
  • Insert dimasukkan ke dalam poket lampin moden.kemudian pakaikan pada baby dan laraskan saiznya mengikut saiz baby ( saiz : XS,S,M,L,XL).   
Cara cuci Lampin Moden
  • Boleh di cuci dengan tangan atau mesin basuh
  • jika baby poo, buangkan poo dahulu kemudian baru cuci.
  • jemur kat panas atau kipas pasti cepat kering.
  • Sabun yang digunakan jenama Pureen Had.
  • Elakkan dari menggunakan sabun yang mengandungi detergen,enzim,pewangi,pelembut dan peluntur.
Kelebihan Lampin Moden
  • Mesra Alam dapat menyelamatkan bumi hijau
  • Menjimatkan hanya beli sekali tapi boleh guna berkali-kali
  • Selamat dan sihat tiada ruam lampin,sesuai untuk kulit baby sensitif dan tiada bahan kimia bertoksid
  • Corak yang menarik dan berwarna-warni
Tips
  • Tukar cd setiap kali baby poo.
  • Tukar cd setiap 3 atau 4 jam setelah baby pee.
  • Jangan gunakan berus untuk menbasuh cd.
Model : Muhd Zafran Sulaiman my hero
    Model : Muhd Zafran Sulaiman my hero
        Lampin moden sekarang ni banyak jenama dan jenis ada snap button dan velcro. Lagi pun lampin moden ni sesuai dari baby baru lahir hingga la baby lepas dari menggunakan lampin.
    Anak-anak umi pun dah gunakan lampin moden syafiyah dari umur 2 tahun hingga kini dan zafran pula dari 6 bulan .Seterusnya pula umi nak belikan lagi lampin moden ni untuk koleksi anak-anak umi....bila semua anak-anak umi dah besar dan  tak pakai lampin moden lagi....senang la umi...semua lampin moden ni boleh simpan untuk anak umi seterusnya...next generation....amin...amin...amin...

    Selasa, 22 Mac 2011

    Happy Birthday Muhd Zafran Sulaiman

    Assalammualaikum...
    Muhd.Zafran Sulaiman

    22/03/2011....hari ini Birthday my hero Muhd Zafran Sulaiman yang baru 1 tahun. Umi doakan semoga 
    hero umi sentiasa dimurahkan 
    rezeki,dipanjangkan umur,diberi 
    kesihatan yang baik dan menjadi 
    anak yang soleh serta berjaya 
    dengan cemerlang dalam segala 
    bidang yang dilakukan.
    ..amin...amin...amin..


      Sambut birthday hero umi dengan balqis, syafiyah, abi & family je..ini la wajah-wajah kesayangan umi...time birthday zafran.Sory buat ala kadar je...yang pasti semua anak-anak umi happy.


    balqis,my love hubby,zafran & syafiyah
    ...umi sayang semua anak-anak umi...





    Selasa, 15 Mac 2011

    Ciri-ciri Suami Idaman Wanita

    Suami Teladan ialah Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan laranganNya.Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan,tanggungjawabsesuai dengan kemampuannya. Ia selalu berterus terang dengan isterinya.Jika ia mempunyai kekurangan, ia akan menyatakan kepada isterinya.

    Suami yang baik, tidak menyembunyikan rahsia yang tidak disenangi isterinya. Apabila berkata-kata dengan isterinya dengan cara lembut dan bersopan santun.

    Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya, menghiburkan isterinya,berbincang-bincang, menghargai pandangan isterinya dan sebagainya.Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat.Tidak mudah cemburu. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan terhadap isterinya.

    Suami yang bijaksana, suami yang sanggup menjadi pemimpin rumahtangga.

    Suami yang layak menjadi pemimpin sekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri berikut iaitu:
    1.Tubuh badan yang sempurna - sanggup melaksanakan tanggungjawabnya dengan kesempurnaan anggotanya. Ini bermaksud selagi mampu memenuhi keperluan zahir dan batin.
    2. Akal fikiran yang sempurna - berfikiran positif.
    3. Pengetahuan agama yang sempurna - untuk membimbing ahli keluarganya mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup
    4. Membelanjakan sebahagian harta - mencari nafkah untuk menyara hidup ahli keluarganya

    Keperibadian Suami Yang Menjadi Impian Isteri
    1. Penuh kerinduan dan kasih sayang
    2. Mencintai
    3. Gagah dan berakhlak mulia
    4. Kaya dan bijaksana
    5. Memberikan cahaya kehidupan
    6. Menegakkan kebenaran
    7. Mulia di sisi Allah

    Ciri-ciri Suami Teladan
    - suami yang soleh yang sentiasa menjalankan perintah Allah- suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintah Allah- suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan kesalahan isterinya.

    Ciri-Ciri Suami Yang Soleh ialah:
    - Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala 
       larangan.
    - Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT- Melayani dan menasihati isteri dengan   
      sebaik-baiknya
    - Menjaga hati dan perasaan isteri
    - Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang diluar kemampuan isteri
    - Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan
    - Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain dihadapan isteri.
    - Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka
    - Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan 
       prestasi suami sebagai pemimpin
    - Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan
    - Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa
    - Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya
    - Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka
    - Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan bersama.

    Syarat mendirikan rumahtangga Islam agar mendapat keredhaan Allah SWT iaitu:
    - Ahlinya berpendidikan Islam, berjiwa teguh, tenang dan damai.
    - Suasana rumahtangga sentiasa riang dan penuh kegembiraan.
    - Rumahtangga sentiasa bersih dan selesa
    - Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi daripada perkara-perkara haram dan syubhat- Ahli-ahlinya bersolat secara berjemaah
    - Bersih hati, pancaindera dan anggota badan serta menjauhi sifat-sifat yang berlebih-lebihan ketika bersolek
    - Memuliakan dan menghormati agama serta memandang tinggi akan nilai-nilai keperibadian muslim
    - Anggota keluarga memiliki kesefahaman dan bijaksana dalam mentadbir rumahtangga
    - Memilih calon suami/isteri berasaskan Islam
    - Rumahtangga hendaklah sentiasa ke arah kebaikan dan kebajikan
    - Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana dalam rumahtangga.

    Suami yang penuh sentuhan kasih:
    Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri :
    1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri.Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi,memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajatnya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab.Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi "boss". Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya.

    2. Memberi pujian terhadap isteri.Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian,hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri.Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepada pasangannya, "Adakah abang cinta padaku? " Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita.

    3. Menentukan batas tanggungjawab.Islam telah mengatur tanggungjawab terhadap suami dan isteri.Suami berkewajipan mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak. Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan, masa dan tempat.

    4. Menghindari kritikan terhadap isteri.Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri.Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan kesan negatif terhadap isterinya iaitu:- Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah- Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada perasaan kecewa dan tekanan batin.- Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama.- Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya sendiri- Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak.- Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian.

    5. Memperhatikan sesuatu yang romantik.Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulangtahun isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun bagi wanita,hal sebegitu adalah penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yang mempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita. Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri.

    6. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami.Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya.Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasih sayang.

    7. Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri.Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri.

    8. Memahami gelora jiwa isteri.Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki. Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi isterinya, maka isterinya pasti dapat menerima suaminya sebagai org yang dapat membimbing hidupnya.

    9. Membina kerjasama yang baik.Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan mampu mengujudkan keluarga bahagia.

    10. Memenuhi keperluan peribadi.Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing memiliki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi maupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.

    Kewajipan Suami Dalam Rumahtangga.
    - Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna.
    - Memberi nafkah kepada isteri.
    - Menggaulinya dengan baik.
    - Memberi nafkah sesuai dengan kemampuan.
    - Sentiasa berbincang dengan isteri dalam segala hal
    - Mengajak isteri bergurau senda, berlaku lemah lembut kepadanya,menghiburkan isteri supaya 
      hatinya sentiasa gembira.
    - Memaafkan kesalahan isterinya apalagi terhadap isteri yang berbudi pekerti mulia.
    - Di hadapan isteri hendaklah menunjukkan keindahan dan kebaikan kerana isterinya juga 
       menyenangi apa yg disenangi oleh suaminya.
    - Membantu isteri dalam urusan rumahtangga terutama apabila isteri sakit atau sibuk dengan  
       pekerjaannya.
    - Tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan umum.
    - Melindungi isteri dari api neraka.

    • Cemburu hanya kerana agama dan kehormatan.
    • Cemburu ini bermaksud, menjaga isteri dari segala sesuatu yang berbentuk pandangan, perkataan atau perasaan.
    • Secara umum lelaki bersifat :- berani dan gagah perkasa- ingin menolong yang lemah- ingin berkuasa- kasar dan tamak
    • manakala wanita bersifat :- lemah lembut- pemalu- mempunyai perasaan yang halus- bersopan santun- penyabar.
    Sifat-sifat ini adalah bersesuaian dengan kewajipan dan tanggungjawab masing-masing.

    Membimbing isteri.
    Di samping memiliki sifat-safat yang baik, wanita juga mempunyai sifat buruk yang kadangkala merupakan sifat asal ataupun dari pengaruh luaran.Diantaranya:
    - Mudah lupa dalam mengingati Allah.Kesibukan dengan harta kekayaan dan anak-anak kadang-kala membuat wanita lengah akan perintah Allah. Kelalaian ini akan memberi peluang kepada hawa nafsu menguasainya.
    - Mudah terpengaruh oleh tipu daya dunia.Kilauan dunia sering membuat wanita terpedaya.
    - Sering bersikap bangga dan bermegah-megah kepada orang lain.

    Dengan memahami sifat isteri, suami boleh membimbing dan menasihati isteri.Suami pula sepatutnya tahu bagaimana cara membetulkan isteri.Tersilap cara akan mengakibatkan perselisihan. Perselisihan dalam rumahtangga dapat dikurangkan sekiranya pasangan mengamalkan perangai yang baik seperti :

    - Janganlah suami dan isteri marah pada masa yang sama.
    - Jangan mengeluarkan suara yang kuat antara satu sama lain
    - Jika ada seorang yang harus menang dalam perselisihan, maka biarkanlah ia menang.
    - Jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah dengan sikap kasih sayang.
    - Jangan mengungkit kembali kesalahan-kesalahan lalu
    - Lebih baik tidak mempunyai masa untuk orang lain daripada tidak mempunyai masa terhadap 
      pasangan.
    - Jangan tidur jika ada perselisihan belum diselesaikan.
    - Berkata sesuatu yang manis atau pujian pada pasangan kita sekurang-kurangnya sekali sehari.
    - Jika bersalah, akuilah kesalahan dan meminta maaf.
    - Jangan lupa bahawa perselisihan terjadi akibat dua orang dan biasanya org yang bersalah paling 
      banyak berbicara.

    Membimbing anak.
    Seorang suami yang adalah suami yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya.Antaranya:
    - Memberikan nama yang baik bagi anaknya
    - Memberi nafkah
    - Bertanggungjawab atas pendidikan anak dan sebagainya

    ♥♥♥ DOA SEORANG ISTERI ♥♥♥



    Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

    Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
    Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
    Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
    Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
    Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
    Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

    Ya Allah
    Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
    Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
    Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
    Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
    Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
    Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
    Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
    Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
    Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
    Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

    Tetapi Ya Allah
    Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
    Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
    Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
    Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
    Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan

    Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
    Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
    Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

    Ya Allah
    Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
    Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
    Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
    Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
    Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
    Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
    Sekiranya aku engkar dan derhaka
    Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

    Ya Allah sesungguhnya
    Aku lemah tanpa petunjukMu
    Aku buta tanpa bimbinganMu
    Aku cacat tanpa hidayahMu
    Aku hina tanpa RahmatMu

    Ya Allah
    Kuatkan hati dan semangatku
    Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
    Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
    Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
    Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
    Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
    Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
    Kerana aku sedar hinanya aku
    Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
    Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
    Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
    Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

    Ya Allah Ya Tuhanku...
    Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
    Isteri yang dikasihi
    Isteri yang soleha
    Isteri yang sentiasa dihati

    Amin, amin Ya Rabbal Allamin

     

    P/S: Doa yang sangat menyentuh hati ....huhuhuhu.... terasa diri ini masih terlalu kekurangan.