As Salam....
Lelaki
bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis
bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri,
dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan
ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak
lelaki yang belum baligh.
...
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung
jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka
dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan
hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya
kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib
tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami
bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa
izin.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang
bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang
ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa
orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak
larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan
percaya sangat)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang
dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi
perempuan. Begitulah kira-kiranya.
WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak
sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari
lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan
melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak
perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada
lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan
dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan
permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan
seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki
wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah
seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki
tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada
suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk
menyara isteri dan
anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan
melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat
dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan
adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3. anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab
terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga
melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .
Seorang lelaki perlu pergi berjihad
fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang
pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan
sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai
lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu
DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH
dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita
dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali
Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu,
seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya,
sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab
nikmatNya.(Ali- Imran:103)
Pada hari itu (hari kiamat) manusia diberitahu
akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan
manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia
berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "
Sekadar
renungan kita bersama…