Selasa, 26 April 2011

Lagu Sungai Lui – Aizat Amdan


Lirik Lagu Sungai Lui – Aizat Amdan

Pejamkan matu mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya

Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini ( 7x )

Lagu Awan Nano - Hafiz AF7



Lirik Lagu Awan Nano - Hafiz AF7
Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan...awan
Pabila terik-panas
Segera hadirnya memayungi.. diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan... kasehnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi ...
dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai... jejarimu

Kasehnya
Kaseh tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekaseh sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu... ooooo-ooo

Lihat diriku ini

Yang sesekali pernah kau bagaikan... awan
Sehingga tak mungkin terlupa
berikan belas sedari... dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitispun air matamu...kasehku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi..
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai... jejarimu

Kasehku
Kaseh tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang
walaupun tak akan tercapai jejarimu... oooo-oooo

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi ...
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai.. jejarimu

Kasehku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu...woooo-woo..

Isnin, 25 April 2011

Saya Sayang Mak Saya

Assalammualaikum

Mengapa saya sayang mak saya?
Sebab mak yang mengandungkan saya.

Mengapa saya sayang mak saya?
sebab mak yang melahirkan saya

Mengapa saya sayang mak saya?
sebab mak yang menyusukan saya

Mengapa saya sayang mak saya?
sebab mak yang menjaga saya

Mengapa saya sayang mak saya?
sebab mak yang paling memahami saya

Mengapa saya sayang mak saya?
sebab mak sentiasa menolong saya

Mengapa saya sayang mak saya?
sebab mak seorang yang merendah diri

Mengapa saya sayang mak saya?
sebab mak seorang yang penyabar

Mengapa saya sayang mak saya?
sebab mak selalu menasihati saya

Mengapa saya sayang mak saya?
sebab mak tempat saya mengadu


Mengapa saya SAYANG mak saya?
Kerana syurga dibawah tapak kaki mak saya.


Mengapa saya sayang mak saya?
Mak saya sanyang mak, banyak sangat sebab sayangkan mak
Saya tetap sayang mak saya walau apa jua sekali pun.
Saya tak pernah lupa mak saya. Mak saya sentiasa dalam hati saya. 
Sampai hujung nyawa sekali pun jasa mak tak dapat dibalas.
Kalau boleh kemana saja saya nak ikut mak saya. 
Banyak perkara yang saya ingin lakukan untuk mak saya.

Insyaalah saya akan berusaha untuk mak saya.

Saya sangat sayang mak saya yang bernama Zaleha Binti Sulaiman

Kamera Nikon

Assalammualaikum

Sejak akhir2 ni minat pula fotografi. Kalau la kamera nikon impian ni dah ada kat tangan kan best. Mungkin hampir segenap ruang dunia sekitar ni kot di snap...kamera yang sll digunakan cuma kamera kompak Canon. Insyaalah kalau ada rezeki lebih dapat juga kamera nikon ni. Emmm...pass dapat nikon ni nak cari guru study smart tentang penggunaannya..DCLR beb, mengenali dan menyeimbangkan shutter speed, aperture dan ISO. Banyak lagi sebenarnya, tapi tulah 3 yang mengawal hasil gambar . Kalau dah pilih DSLR, beli kalau tak tahu guna rugi sayang,buang duit je.bersedialah untuk belajar. 



p/s : kamera impian bila la boleh dapat ni...

Taman Permainan Rosak

Assalammualaikum

Saya bukan seorang ahli politik atau pegawai kehormat tapi cuma seorang isteri, Ibu kepada anak2 dan Warganegara Malaysia yang prihatin terhadap penyelarasan kehidupan komuniti setempat.
Maaf artikel ini bukan untuk membangkitkan isu terhadap mana2 pihak yang tertentu. Tetapi cuma ingin memenuhi kehendak kanak-kanak setempat dan kepentingan rakyat bersama. Taman ini sudah lama tidak di beri perhatian hampir puluh tahun...kepada sesiapa yang membesar bersama taman ini pasti mereka lebih tahu. Kini generasi saya yang menyedarkan saya tentang taman ini.


Lokasi : Taman Gembira Lahad Datu , area perumahan org2 kaya
***berdekatan dgn Kg.Tagas2 
(tdk salah kan kalau anak2 dr.kg tagas2 menumpang bermain taman permainan ini)


cantik tapi rosak

kopak...rosak...


Tempat duduk ayunan rosak dah hilang

Gelongsor tak boleh digunakan lagi

Usang menanti roboh....tiada kegunaannya

Setiap hari pergi kerja dan balik kerja taman ni masih tiada perubahan....
p/s : moga dapat perhatian dari pihak tertentu....dan tidak menyinggung mana2 pihak...

Jual oven & dapur induction

Assalammualaikum
  Hari ni nak mula infom kat kengkawan kalau ada yng sudi nak beli oven & dapur elektrik. Rasa cam buat keje jualan langsung la pla. Strategi jualan kena planning, promosi kena fikir pelanggan pun kena cari. Tak pe rezeki semua nya datang dari Allah S.W.T. Ada 2 barang yang nak di jual Oven Microwave & Induction Cooker jenama AOWA. Benda ni tak pakai kat rumah coz dah ada yang lain lagi pun urgent....
  Semua kengkawan dah bagi tahu....emmm....nak bagi tahu kengkawan kat facebook pla..mana la tau kot2 ada yg nak.Lagi pun barang ni masih baru & masih elok lagi.Harga yang nak di jual pun sangat2 murah. Bukan nya apa dah la barang baru jual pun dah dekat setengah harga....nak tengok cam mana ragam pelanggan yang nak beli. Apa respon dorang semua ni kan ? mana la tahu satu hari nanti boleh jadi usahawan yang berjaya. Amin..amin..insyaallah...


Oven Microwave

Induction Cooker


p/s : moga adalah pembeli yang budiman...amin..amin...

Sabtu, 23 April 2011

Rinduku Padamu Wahai Suamiku

Assalammualaikum
Rindunya sama abi.Belum sampai sehari dah rindu pula kat abi.Bila dah jauh baru terasa rindu sangat.Kalau boleh semua sms tulis ayat rindu je,biar abi termuntah2 bila baca. Umi tak kisah pun memang itu dalam hati umi. Bila malam rasa janggal pula sebab abi tak ada kat sisi umi. Eeeee...rasa tak selesa,mata ni pula tak mengantuk asyik menghitung hari...bila la abi nak balik ni.Urusan kerja abi lama lagi nak selesai,nak buat cam mana,tunggu je la penantian penuh kerinduan. Minggu ni full time ngan anak-anak. Pengubat segala kerinduaan balqis,syafiyah n zafran.


Wassalamm.....

Ahad, 17 April 2011

Sup ikan merah..menu tengahari sabtu...

Sup ikan merah home made by mak. sangat sedap hingga kakak balqis & baby syafiyah menghirup air supnya...sluprrrrr.....sluprrrr.....sluprrrr.........Habis nasi sepinggan,syukur alhamdulillah. Lepas makan balqis & syafiyah pergi jalan-jalan ikut dengan mak.bestnya,tak tahu apa karenah dorang 2 beradik ni...
  Abang Zafran pun suka makan sup masakan mak.Sedap...semangkuk bubur campur sup ikan merah habis licin...lepas tu pula minta suap lagi...takda la bahagian umi....syukur alhamdulillah demi anak-anak umi rela tak makan. Perut rasa kenyang bila anak-anak umi kenyang....hahahahahaha....abang zafran protes,marah2 sambil buang2 barang,habislah remote astro diketuk2 sebab nak minta perhatian....zafran...layan abang dulu baru sambung buat blog...Balik dah si balqis& syafiyah...jeng...jeng...jeng
  Balqis sampai rumah terus minta pencil warna, nak main colouring. Baby syafiyah pula tetido sebab dah penat main. Abi...abi..my lovely husband baru balik dari kerja. sory abi tolong jaga anak kita zafran dulu ye...umi nak masak air,buat kopi abi & nak mandikan zafran....hari sabtu...berlalu.

Petua Jadi Suami Soleh

10 petua nasihat jadi suami mithali

1. Isteri adalah manusia 
Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi. 


2. Dengar pendapat isteri Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya. Malah, isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan pejabat suami secara tidak langsung.
3. Beri pujian kepada isteri 
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari. 

4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri 
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cermin diri anda sendiri. Ke mana juga anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumah tangga akan menjadi bahagia. 

5. Ingat tarikh penting Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa saja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung sempena meraikan hari lahir. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini". 

6. Penuhi hajat isteri 
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh atau mesin jahit, suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri? 

7. Bantu ringankan tugas isteri 
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum. 

8. Isteri bukan pembantu rumah 
Kebanyakan suami menganggap kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu saja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan selama ini. 

9. Bawa isteri berehat 
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan yang menarik. Walaupun ia nampak remeh, setiap isteri pasti akan menghargai saat manis itu. 

10. Ciuman khas untuk isteri 
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri. 

Sabtu, 16 April 2011

Telatah Anak-anak

Assalammualaikum

Sabtu,hujung minggu...pening dengan karena anak-anak. Macam-macam ragam. Kakak Balqis pelakon terbaik di rumah.Bab2 airmata dan banyak alasan dia la yang juara. Baby Syafiyah pula, sangat garang di rumah dia lah pembuli ketua gengster. Zafran pula sekarang ni anak yang kuat merajuk..alahai..camne nak jaga kakaknya semua.Tapi dia tetap hero no.1. Sayang awak semuanya..mood.. belajar mewarna...

Jumaat, 15 April 2011

Suatu Ketika Dulu

Love this Moment
Wedding Day on 26/11/2005

Design by Baju Adat Bugis

 Design by Baju Adat Jawa

Design by Baju Melayu & Kebaya

Sahabat Dunia & Akhirat

"Sahabat yang baik,Apabila dipandang wajahnya,
membawa mengingati ALLAH, mendengarkan kata-katanya
menambahkan ilmu,terlihat gerak gerinya meninggikan takut kepada
ALLAH, berkawan dengannya berjuang ke jalan ALLAH"


salam ukhuwah

Benar, sahabat yang baik seumpama minyak wangi, kalau kita sentiasa bersamanya kita mampu mengambil manfaat.Sahabat yang tidak baik seumpama tukang besi, kita turut terpalit dengan debu besi yang tidak menyenangkan itu.Carilah sahabat yang mampu membawa kita ke arah kebaikan..

SAHABAT

YA ALLAH!
Sahabat buat hati gembira
Mesra kami penawar duka
Rindu kami menambah rasa
rajuk kami membuah rasa

YA ALLAH!
Silaturrahim kami Ukhuwwah fillah
Bermusuh kami Nau'zubillah
Berpisah mati insyaAllah
Pengubat hati doa Rabithah

Ya Allah!
Rahmati kami meniti usia
Terpisak kami d alam nyata
Temukan kami di taman Syurga
Aminnn....

Khamis, 14 April 2011

12 Madah Cinta

1
Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,
mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah
sebuah cinta? Andai kata derita itu hanya
sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin 
sukar untuk dimiliki? Cinta seumpama kaca
kristal, indah dipenglihatan, derita di perasaa
2
Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh
cinta, tapi bila perasaan malu itu hilang 
dengan sendirinya dan terpaksa menerima 
kenyataan yang sebenarnya bahawa anda
telah jatuh cinta.
3
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu
selagi adanya imbas kembali. hati yang remuk 
kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok 
masih ada.Parut yang lama pastikan sembuh
selagi iman terselit didada.
4
Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi
membangkitkan kekuatan. Cinta bukan 
mengajar menghinakan diri tetapi
menghembuskan kegagahan. Cinta bukan
melemahkan semangat tetapi membangkitkan 
semangat.
5
Persahabatan biasanya berakhir dengan
percintaan, tetapi percintaan tidak pernah 
berakhir dengan persahabatan.
6
Cetusan cinta petama merupakan suatu

getaran yang sangat mengoncangkan jiwa
7
Apakah sebenarnya cinta? cuba katakan...
Tak lain dan tak bukan ialah 2 jiwa dalam
satu fikiran, 2 hati dalam satu debaran.
8
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu
selagi adanya imbas kembali. hati yang remuk 
kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok 
masih ada.Parut yang lama pastikan sembuh
selagi iman terselit didada.
9
Cinta yang datang umpama pelangi ceria
dengan 7 warna memukau. Saat bayu
berlagu riang, tika itulah cintanya hadir.
Appabila mata terlihat seseorang, seseorang 
yang bakal mewarnai hidupnya.
10
Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari 2
perasaan. Kehadirannya tidak diundang,
perginya tiada yang merelakan kerana ia
terlalu sukar untuk dimegertikan.
11
Kadang kala kita mnyedari betapa
dalamnya kita menyintai seseorang disaat
kita sedang kehilangannya. Dan kadang kala
kita juga menyedari betapa perlunya cinta
seseorang terhadap kita disaat kita amat
memerlukannya.
12
Cinta yang lahir dari pandangan pertama
adalah cinta suci. Manakala perasaan cinta
yang lahir dari kemesraan persahabatan
adalah cinta sejati. Namun sukar membezakan
yang mana lebih abadi, "Cinta suci"
atau "Cinta Sejati"? 

**p/s: Aku cinta dia...kerna dia adalah cinta pertamaku
Aku cinta dia....kerna dia cinta hati ku
Aku cinta dia...kerna dia sahabat ku
Aku cinta dia...kerna dia sahabat sejati ku.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                

Selasa, 12 April 2011

Isteri vs Kekasih Gelap

Isteri vs Kekasih Gelap
Isteri ibarat TV
Kekasih gelap ibarat Handset
Dalam rumah tonton TV
Keluar rumah bawa Handset
Tak ada duit jual TV
Ada duit tukat Handset
Bila ada masa terluang tonton TV
Tapi, banyak masa di habiskan bersama Handset
Menonton TV adalah percuma
Tapi Handset kalau tidah top up atau bayar bil Handset perkhidmatan akan di tamatkan
TV sangat besar, berat dah kebanyakkanya sudah lama
Tapi, Handset sangat cantik, cute, slim dan mudah di bawa ke mana-mana
Anda hanya perlu mengeluarkan sekali belanja memiliki sebuah TV
Tapi, perlu selalu mengeluarkan belanja menggunakan Handset
TV ada remote
Handset tidak ada remote
dan akhir serkali,
TV tidak dijangkiti oleh virus
Tapi, Handset sangat mudah untuk di jangkiti oleh virus.

p/s :TV tak ada virus, kalau Handset kena virus boleh format semula, tapi kalau manusia terkena virus tiada maf bagimu....

Jumaat, 1 April 2011

Peluang Berbuat Kebaikan

Allah berfirman yang bermaksud,
"...Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai (mencintai) orang yang berbuat baik."
(Al-Baqarah : 195)

Jelas bahawa Allah memang mengasihi orang yang melakukan kebaikan.Orang yang baik,bererti baik akhlak dan tingkahlakunya.Dia akan melakukan yang baik-baik saja. Ini kerana dia sedar hidup ini adalah kesempatan untuk mengumpul kebaikan. Dengan kebaikan itu, maka turunlah rahmat Allah. Sebaliknya Allah membenci orang yang berperi laku jahat dan berakhlak buruk. Kederhakaan manusia menyebabkan turunnya kemurkaan dan bala daripada Allah.

Dalam sebyah hadis qudsi,
Allah berfirman yang bermaksud,
"Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cintakan kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu :

* Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta orang miskin yang  
 pemurah.
*Aku cintakan orang yang rendah hati, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah 
 hati.
*Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta orang muda yang bertaubat.

Peluang berbuat kebaikan memang banyak, tidak terhad kepada orang kaya sahaja. Malah orang miskin dan kurang berada juga berpeluang untuk melakukan kebaikan. Allah sememangnya tidak memandang pada darjat dan kedudukan.


Insyaallah...aku juga berpeluang membuat kebaikan...

Perginya Permata Hatiku

Luka sekeping hati..
Tiada siapa yg tahu..
Telah puas ku cuba utk melupakanmu..
Namun bayangmu menjelma dlm tidurku..
Benar..
Aku yg merinduimu..
Deraian tagisanmu..
Cuma waktu itu...
Kau..meninggalkan ..
Tanpa suara..tangisan..
Permata hatiku...
Maafkan aku..


Entah..
Kenapa hidupku terasa tawar..
Tanpamu..permataku..
Kita dipertemukan dlm waktu yg singkat..
Belum sempat kudukung kubelai....
Kau tinggalkan aku dlm kesedihan..
...nur aisya fateha...
16 disember 2010...
7 bln...

moga Allah merahmatimu

umi amat merindui mu
setiap solat ku ...dan doaku
sentiasa mekar....

p/s : utk suami ku....selagi hayat & jodoh kita dikandung badan...
        persiapkan diri utk jd bidan...
       jgn di harap pd mereka-mereka????? itu..