Jumaat, 1 April 2011

Peluang Berbuat Kebaikan

Allah berfirman yang bermaksud,
"...Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai (mencintai) orang yang berbuat baik."
(Al-Baqarah : 195)

Jelas bahawa Allah memang mengasihi orang yang melakukan kebaikan.Orang yang baik,bererti baik akhlak dan tingkahlakunya.Dia akan melakukan yang baik-baik saja. Ini kerana dia sedar hidup ini adalah kesempatan untuk mengumpul kebaikan. Dengan kebaikan itu, maka turunlah rahmat Allah. Sebaliknya Allah membenci orang yang berperi laku jahat dan berakhlak buruk. Kederhakaan manusia menyebabkan turunnya kemurkaan dan bala daripada Allah.

Dalam sebyah hadis qudsi,
Allah berfirman yang bermaksud,
"Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cintakan kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu :

* Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta orang miskin yang  
 pemurah.
*Aku cintakan orang yang rendah hati, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah 
 hati.
*Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta orang muda yang bertaubat.

Peluang berbuat kebaikan memang banyak, tidak terhad kepada orang kaya sahaja. Malah orang miskin dan kurang berada juga berpeluang untuk melakukan kebaikan. Allah sememangnya tidak memandang pada darjat dan kedudukan.


Insyaallah...aku juga berpeluang membuat kebaikan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan