Sabtu, 14 Mei 2011

Hebatnya Wanita

KELEBIHAN SEORANG WANITA


*Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,
*Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,
*Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,
*2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,
*Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
*Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
*Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
*Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
*Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
*Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
*Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itudengan doa keberkatan.
*Wanita yang menguli tepung gandum dengan"bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
*Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
*Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
*Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
*Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
*Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.
*Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
*Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
*Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
*Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
*Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
*Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80tahun ibadat.
*Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
...Syukur Alhamdulillah...
Berusaha untuk menjadi Wanita Solehah (^-^)

Khamis, 12 Mei 2011

Waktu & Masa

..Assalammualaikum...

 Waktu dan masa ini yang amat mempengaruhi kehidupan seharian ku. Berlalunya Waktu ini dan masa ini kadangkala mendatangkan kehampaan, Kecewa. sedih dan kegembiraan serta Waktu ini dan masa ini telah mendewasakan diri ku ini untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran yang mendatang. Insyaallah hari esok dan seterusnya akan sentiasa menberi kebahagiaan.

Masa itu emas, tidak boleh di gadai, manfaati lah masa sebaiknya.
(^_^)

Rabu, 4 Mei 2011

Tips Cinta Suami Isteri

Panduan pupuk cinta suami isteri
Ada beberapa perkara untuk mewujudkan penghargaan atau memberi cinta di antara suami isteri.
1 - Gunakan pelbagai kesempatan untuk mengungkapkan kepadanya yang kita bersyukur sebab Tuhan memberikannya hubungan sebagai suami atau isteri.
Kehadiran pasangan bukan saja kita inginkan, sebaliknya memang kita hargai. Dia begitu bernilai bagi kita sehingga kita bersyukur dia berada dalam hidup kita.
Kita dapat menunjukkan penghargaan melalui ucapan terima kasih, sentuhan lembut, tatapan sayang atau melakukan sesuatu yang disukainya. Di sini berlaku prinsip: bermula dengan terima kasih, berakhir dengan menerima kasih. Bermula dengan tidak tahu berterima kasih, berakhir dengan tidak ada kasih.

2 - Bersikaplah lemah lembut. Perlakuan kasar bukan saja meninggalkan luka kepada penerima malah merobek penghargaan kita terhadapnya.

Perhatikan prinsip yang berlaku di sini: Semakin halus kita memperlakukan cinta pasangan kita, semakin bernilai dia di hadapan kita. Semakin kasar kita memperlakukannya, semakin rendah dia di mata kita.

3 - Perkara paling penting ialah utamakan kepentingan pasangan kita di atas kepentingan orang lain.
Cinta terungkap dengan jelas dalam wadah perbandingan. Bagaimana kita memperlakukan pasangan kita dibandingkan dengan bagaimana kita memperlakukan orang lain.

Siapa atau apa yang kita dahulukan mencerminkan siapa atau apa yang penting bagi kita. Dalam hal ini, perbuatan berbicara jauh lebih keras dari ucapan. Jadi, ucapan cinta kita mesti didukung oleh perbuatan kita yang mendahulukannya dibanding orang lain.
Bila itu tidak terjadi, pasangan kita akan segera tahu sesungguhnya ia tidaklah sepenting yang kita katakan. Prinsip yang berlaku di sini: Mengorbankan kepentingan sendiri, itulah cinta. Mengorbankan kepentingan pasangan kita, itu bererti kita menodai cinta pasangan kita.

sumber dari :www.srikasih.com.cc ...^_^...

Renungan Betapa Berharganya Wanita


Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan?"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa?", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Sumber: http://socialcute.blogspot.com/2011/04/renungan-betapa-berharganya-wanita.html

Selasa, 3 Mei 2011

Jeruk Buah Bambangan


Buah Bambangan
 Kawan kecil-kecil dulu yang perkenalkan jeruk bambangan ni. Dulu tak tahu main makan je sedap macam makan tempoyak durian tapi rasanya yang lain. Bila dah kerja, opis mate yang mengingatkan tentang jeruk bambangan ni. Dari situ la samapi sekarang suka sangat makan jeruk ni, tapi kalau beli atau buat sendiri tak best sebab family kat rumah tak makan, tak pandai makan. Kalau nak makan sangat jeruk ni suruh opis mate beli dan makan kat opis sedap kalau makan ramai-ramai sehingga menjilat jari.

Jeruk Bambangan

Resepi Jeruk Bambangan
1. Buah Bambangan
2. Garam

Cara-caranya
Parut buah bambangan sekali dengan bijinya kemudian letak garam, tutup elok-elok dan  perap dalam beberapa hari baru boleh makan. Jangan lupa makan dengan cili padi sedap hingga menjilat jari. 

p/s : selalu buat sendiri tapi tak jadi sebab belum perap beberapa hari dah tak sabar nak makan... ^_^

gambar buah bambangan ambil kat google...tak sempat nak gambar jeruk ni dah abis di makan heheheh....

Siput Tarik

Siput Tarik @ Siput Kahanga


Suami yang ajar makan siput ni. Pertama sekali makan rasanya pelik, tapi bila dah makan banyak2 rasa sedap. cicah dengan sos atau cili kicap sedap. Siput ni di rebus kemudian kalau nak makan kena cungkil cicah dengan sambal. Kalau isi siput ni dipanggang lagi sedap untuk orang yang tak suka rebus, coz kalau rebus ada rasa licin2.Cuba la makan siput ni selamat tak beracun...^_^